Sunday, November 30, 2014

Alhamdulilah.. 16 June 2014 @ 3.26am

Syukur kepada Allah swt, lahirnya seorang putera, berat 2.67kg dan sihat semuanya. Mummy pun sihat. Perit sakit bersalin totally hilang bila dia keluar. Memang rasa macam tak percaya. Agak lama sebenarnya nak bagi baby ni keluar, uiiiiii.. hampir kehilangan segala tenaga dan yang paling rasa tak larat bila aku nak minum air masa tengah meneran, doktor tak bagi. 

Aku masih ingat lagi waktu dalam labor room, tapi maybe aku akan cerita di masa lain sebabnya aku tengah menguruskan kerja lain buat masa ini. Jadi to-be-continue lah ye..

Stay tuned.

xx00

Saturday, June 1, 2013

Sunday yang Manja Manja

Ahad - 2 Jun 2013

10.30 pagi
WIFE: B, b/fast ayang buat sandwich dengan roti bakar ye.
HUBBY: Ok, syg letak telur mata, cheese, sos cili and butter ye.
WIFE: Boleh jer ;)

11.30pagi
WIFE: B, Lunch ni ayang buat nasi goreng kampung ye. Tak larat nak masak lauk lain.
HUBBY: Ok, syg jgn buat kje berat sgt tau.

11.55pagi - Baru panas kuali nak masukkan bahan2 nasi goreng..
HUBBY: Syg, B baru teringat, nak pergi kenduri kawin kawan B.. BOB Tauhu.
WIFE: La ye ke, kalau camtu, B pergilah ye. takpe.
HUBBY: Abis sayang dah nk masak tu,
WIFE: Xpe, ayg masak, ayg makan nanti.. 


Pesanan dari Hubby:
"Sayang, jangan lupa siapkan beg baju n bakul baby dalam kereta ye. Nanti senang."


Love you B.

xx00 

Monday, May 20, 2013

Baby BLUES all the way


Apa yang korang rasa apabila korang tahu yang korang sebenarnya antara yang bertuah. Yelah sesuatu yang korang harap akan merubah hidup korang akhirnya terjadi.

Yup, itulah yang aku rasa sekarang ni. I gonna be a MUMMY soon. now aku dah pregnant 8 months dan insyaallah 30 June 2013 merupakan due date aku untuk aku menyambut kelahiran anak pertamaku yang a bit notty dalam perut ni, suka sangat main golek-golek dan sembunyi-sembunyi... geram tau.

Anyway, skang ni aku dalam mood baby blues. everything in MALAS mood. Cuma yang tahu, nak tidur, makan, relax and berinternet macam sekarang ni.. heehehe.

Checklist untuk barang baby dan mummy to be semakin dikemas kini. Hubby dah suruh masukkan barang ke hospital ke dalam kereta, senang nanti katanya.

Aperpun, aku cuba untuk meng'update' blog ni sepanjang menunggu hari kelahiran anak kami nanti. Eeee.. tak sabar nak tunggu dan lihat anak babh dan mummy ni... WE gonna LOVE you so much my dear baby ;)

Daa.. x0x0

Thursday, May 2, 2013

Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan Mengatasi

Kepada bakal ibu, ini mungkin boleh membantu korang sekiranya menghadapi situasi sekiranya baby tersedak susu...
 
• Bagaimana Bayi Boleh Tercekik Susu?
Selalunya apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap susu dari botol, susu tersebut akan terus mengalir mengakibatkan kemungkinan bayi tersebut tersedak dan susu tersebut masuk ke saluran pernafasan dan ini menjadikan bayi berkemungkinan tercekik susu.

... Ianya berlainan sekali sekiranya bayi anda menyusu badan, kerana susu badan hanya keluar apabila bayi menghisapnya sahaja. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan, susu ibu akan berhenti keluar dengan sendirinya.

• Apa Anda Perlu Lakukan Sekiranya Bayi Tercekik?
Yang paling utama sekali anda jangan panik! Kemudian, terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti dalam gambar.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.
• Bagaimana Caranya Melakukan CPR?
Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.

  NOTA: Amalan meletakkan kain atau bantal menyokong botol susu dan membiarkan bayi menyusu sendirian adalah sangat merbahaya. Ini juga adalah salah satu punca utama bayi boleh tersedak susu. Apabila tersedak, bayi anda juga berpotensi mendapat pneumonia. Cara terbaik, sentiasa mengawasi bila bayi anda menyusu botol dan pastikan bayi sendawa selepas menyusu.

Tips daripada : SoalJawabJomHamil
 





Apabila bercerita tentang wayang gambar




Korang tentu suka tengok wayang kan. Seminggu dua ni, aku kerap jugalah tengok wayang and Hubby. Minggu lepas kami tengok cerita IRONMAN 3. Dua hari lepas plak, G.I JOE.. agak menarik dan tertarik ceritanya..

HK : Syg, jom tengok wayang nak?
NN : ye ke, boleh jer, kita nak tengok kat mane B? Galaxy Ampang nak?
HK : Ok gak, B pun dah lama tak urut badan. Syg nak urut kaki tak?
NN : Amboi.. pancing lah tu.. hehehe.. baiklah boss, janji B blanje ... weeee

Hehehhe.. itulah ayat power Hubby ajak aku pergi tengok wayang which sebaliknya nak pergi berurut badan skali tau. Yelah, kalau tak silap makan setahun juga kot kami tak layan tengok wayang gambar. Asyik layan online movie je. Mentang-mentanglah ade UniFi kat rumah kan.

Dan sepanjang cerita wayang tu berlansung, se kecil kat dalam ni memang tak duduk diam. Maybe sebab suara atau volume speaker yang kuat dalam panggung tu kan. Kesian anak mummy. Time tu selalunya time tidur dia, tak pasal pasal tak boleh tidur ye. Bukan sekali, dua kali plak tu. Sorry ye sayang, lepas ni kita tunggu anak mummy besar skit baru boleh tengok skali dengan babah tau.

Korang yang belum tengok movie ni, rugi. Memang superb ceritanya..

Oklah, nanti kita story mory lagi ye..

Daa
xx00

Tuesday, April 23, 2013

Tips Bersalin

Ola, harini aku update dari ofisan.. masuk awal harini. Since Hubby keje malam, me survive alone datang koje.. at least, boleh exercise pepagi kan. Samapi office macam biasa, check emails and tengok FB. So antara satu info yang aku nak kongsi ialah tips ketika nak bersalin nanti. 

Check ki dout.......

TIPS BERSALIN
==============

1. Angkat kepala dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian faraj

6. Tarik nafas sedalam yg boleh dan teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda.. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung teran.. Tiap kontraksi try 3kali...Time kontraksi je push sbb time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa ada kontraksi terus push mcm cara2 td..Takde kontraksi,relax...

7. Baca bismilah, selawat dan surah Al-Anbiyak ayat 87 untuk memudahkan kelahiran

8. Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 


Thanks to SoalJawabJomHamil . 

Daaa ;)

Monday, April 22, 2013

30 Minggu - 3rd Trimester

Ola..
Minggu ni dah masuk minggu ke-30. My baby bump semakin melonjak naik dan kesendatan semakin terasa. Si kecil semakin aktif dan semakin lasak. Memang tak kasi can kat Mummy nak bermanja dengan Babah... heheheheh. Aperpun aktiviti si kecil di dalam, hati Mummy selalu berbunga CINTA dan SAYANG malah Mummy rasa amat gembira apabila si kecil Mummy ni bergerak dengan kuat dan main geli geli manja dengan Mummy.

Kali ni, mummy nak upload pic yang Mummy ambil dua bulan lepas. Masa tu lah Mummy tahu jantina si kecil Mummy ni.



Memang selalu geram kat dia tau..

Luv u sayang anak Babah & Mummy ni.. Anak Mummy membesar dengan Sihat dan Kuat tau.. Babah & Mummy tak sabar nak jumpa dia...